
|
TO MY FUTURE HUSBAND
Friday, September 7, 2012 @ 3:14 AM | 0 Comment [s]
![]() Hi, assalamualaikum :) To my future husband, read this ! "A hope" Cinta bila disebut kita suka membayangkan asmara. Asyik, hingga Allah dilupakan. Tetapi saya bukan begitu kepada awak. Cinta adalah tanggungjawab untuk membina keluarga yang bermakna buat agamaNya. Kerana itu saya berharap kita persiapkan diri. Kita nanti akan ada anak-anak. Mungkin lelaki, mungkin perempuan ataupun kedua-duanya. Kita akan sama-sama membesarkan mereka. Melihat wajah cute mereka. Melihat telatah mereka. Kita akan berusaha mendidik mereka dengan Islam. Kenalkan mereka dengan Islam. Melalui akhlak dan bicara kita. Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan Islam pada diri mereka. Mereka akan punya perangai masing-masing. Nakal mungkin, lurus pun mungkin. Mungkin mereka akan banyak songeh. Mengada-ngada. Hingga kita mungkin akan rasa payah dengan mereka. Ada masa mereka akan merajuk dan memarahi kita. Tetapi ketika itu, awak akan ingatkan saya dan saya akan mengingatkan awk, agar kita sentiasa sabar dan terus mendidik mereka. Biar nanti kita dapat melihat senyuman mereka. Merasa bertuah dibesarkan oleh kita. Mereka akan menjadi anak yang soleh dan bahagia, kerana mendapat didikan syurga. Hingga mereka akan membesar menjadi anak yang bersemangat mencapai matlamatnya. Menjadi hamba Allah yang besar dan hebat. Hingga kita tersenyum gembira , berpuas hati membesarkan mereka. Kita akan ketawa bersama mereka. Kita akan mencari cara-cara yang kreatif untuk membesarkan mereka. Kita bersama mereka akan saling sayang-menyayangi, dan semua ini dibina atas keimanan kepada Illahi. Hari-hari itu akan datang wahai future husband.Bagaimanakah persediaan kita hari ini? Mustahil diterjah rumahtangga ini tanpa persediaan. Maka saya ajak awak, mari bersama-sama kita bersedia. Saya disini menanti awak, sambil bersedia juga. Menimba pengalaman daripada yang lebih tua. Menelaah buku, kembara dan merantau mencari diri, membina diri menjadi yang tinggi, agar mampu menjayakan hidup ini bersama awak nanti. Inilah dia harapan dan inilah dia cinta hati ini , buat awak future husband. Mari sama-sama kita persiapkan diri. Dan ketahuilah bahawa saya setia menanti. Semoga Allah redha. #Copy from Hilal Asyraf. Something good to share. Hope readers like it :) |
The Disclaimer
Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : FATIN NASHRAH
|