Bersyukurlah Wahai Manusia!
Friday, December 7, 2012 @ 2:43 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai J
Semalam 6 Disember 2012, ada sesuatu yang menyentuh perasaan
dan hati saya telah berlaku. Lebih kurang pukul 8 malam, saya dan keluarga
keluar pergi beli barang dapur di MydinMall, Terengganu. Pasaraya yang paling famous
di Terengganu ni. Perghhh! Ramai betul orang. Nak dapat parking bukan main
susah lagi. Bila dah masuk tu, macam macam jenis manusia lah yang jumpa. Beratur
bukan main panjang lagi nak bayar. Haih -.- Ada sorang budak kecik ni, bagi
saya comel lah. Then, saya ada ternampak
ada sorang budak laki ni, handsome~ haha. Okay okay, cukuplah.
#Biru = saya. Hijau = budak tu. Orange = Ibu
“Kak”
“Ye?”
“Nak tumpang balik boleh dok”
“Huh?” *tengok Ibu
“Rumah kat mana dik?”
“Emm, kat Wakaf Mempelam”
“Eh, jauh tu dik. Kite orang lalu kat lain ni”
“Hmmm” *tunduk muka. Muka sedih je.
“Datang dengan apa dik?”
“Jalan kaki”
“Huh? Jalan kaki? Jauh ni dik. Buat apa datang sini?”
“Nak beli nasi. Tapi mahal.”
“Ibu, bagi je la tumpang” *Sebak tak terkata saya bila dengar
adik ni cakap macam tu.
“Mari la naik” *Ibu tolong bukakan pintu
Masa otw nak hantar budak tu balik, ibu pun potpetpotpet
tanye budak tu macam macam. Saya yang duduk kat depan ni. Diam tak terkata.
Sedih tengok budak tu. Dengar je la apa yang mereka bualkan. Then, terbuka
jugak mulut ni nak bertanya.
“Dah makan ke belum ni dik?” *Control air mata daripada
terkeluar sambil buat muka cool
“Belum”
“Berhenti la kejap pergi beli makanan”
Hati berkata-kata. “ Eh, sekarang dah pukul 10 lebih. Tadi
budak ni cakap keluar rumah pukul 7. So,
budak ni tak makan dari tadi lah. Ya Allah, kesiannya budak ni”
Akak pun berhenti kat satu restoran ni, pergi beli nasi dan
air. Sementara tu, saya dan ibu tunggu je dalam kereta. Saya pun cakap lah
dengan ibu.
“Kesiannya budak ni tak makan lagi. Kita rasa hidup kita
susah, tapi ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Harini ye lah ada
orang tolong hantar and belanja makan. Esok, lusa macam mana ntah.”
Tiba-tiba air mata mengalir. Dah tak boleh tahan sebak didada
ni. Terkeluar jugak. Nasib baik kereta tingkap tinted. Orang tak nampak lah
saya menangis.
“Boleh mak dia lepas anak jalan jauh jauh. Sampai hati. Dah
la tak cukup duit nak beli makanan. Kalau anak kena culik macam mana.”
Lepas dah siap beli makanan tu, hantar lah budak tu balik
rumah. Saya bagi dia duit sikit. Tak banyak pun. Saya ni bukannya kerja lagi
nak bagi duit banyak banyak. Asalkan ikhlas, bagus lah tu. Ibu and akak turun
hantar budak tu sampai kat pintu rumahnya. Saya duduk dalam kereta sorang
sorang. Then, macam macam lah perasaan datang.
Dalam hati, “Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat
kurniaanMu. Lindungilah budak tu. Limpahkan lah nikmat kurniaanMu kepada budak
tu.”
Ibu and akak pun masuk kereta. Ibu kata, tak ada orang kat
rumah. Budak tu duduk depan tangga. Rumah kayu and ada astro. Eh? Pelik betul.
Biasanya orang miskin tak pakai astro. Budak tu cakap family keluar dengan
kereta. Eh? Kereta pun ada? Keluar and tinggal anak macam tu je? Dia ni anak
terbuang ke ap? Ada lagi ea zaman sekarang orang yang jenis tak saying anak? Macam macam persoalan yang timbul.
Kesimpulannya, kita mestilah bersyukur sekiranya dilahirkan
dalam keluarga yang berada. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
Sebagai Ibu, jaga lah anak tu betul-betul. Didik, bagi ilmu agama. Jangan lepas
anak jalan sorang-sorang. Bahaya. Nak nak zaman sekarang ni, zaman manusia yang
tak berhati perut. Culik anak orang sesuka hati. Rogol dan bunuh kanak-kanak.
Dan macam macam lagi lah. Kalau kita rasa hidup kita ni susah, cuba fikir
balik. Ramai lagi kat luar sana hidup yang lebih susah daripada kita. So,
BERSYUKURLAH WAHAI MANUSIA!
|
The Disclaimer
Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : FATIN NASHRAH
|