//Forever Imperfect
Camping

Sunday, March 17, 2013 @ 6:37 AM | 0 Comment [s]

Hye, Assalamualaikum :)



Hai hai hai :) Ada orang rindu saya? Mesti ada kan kan kan? :3 Jangan nak tipu lah. Saya tau :P *joke2* hahaha. Sebenarnya saya malas sangat nak update blog ni. Nak type pun malas. Letih sangat sangat ni.  Dengan keadaan yang tak berapa nak sihat ni, saya akan paksa diri untuk menjadi rajin. Camping ni actually sometimes exciting, fun and sometimes troublesome. Walaupun banyak part yang tak best, saya tetap enjoy. Masa otw nak pergi semua ceria. Tapi bila time balik je masing masing dah takde mood. Normal lah tu kan? Haha x)

First Day :
Bertolak ke Kem Pengangkap Telaga Batin dalam pukul 10 pagi. Sampai tu dalam pukul 11 pagi kot. Sampai sampai tu semua orang kena marah. Ntah pape je cikgu ni. Spoilkan mood kite orang je. Cikgu bagi briefing sekejap, lepastu terus dirikan khemah. Ahhhh! I don’t know how. Stressnya –‘ Group kite orang tak pandai nak pasang khemah. Hahaha. Then, ada orang lain dating tolong. Oh, thank God :D Lepas dah siap semua tu, semua orang lunch and solat zohor berjemaah. 3 petang, pergi ke Kem Askar berjalan kaki. Macam macam aktiviti kite orang buat. Scary gila kot :O Yang halangan nama “tiga beradik” tu paling takut sekali. Tinggi gila nak lompat. Takut!!! Cikgu sedap je duk gelak gelak. Join kite orang buat tak nak. Yang “monkey bar” tu, 2 kali try dah. Tak dapat buat jugak. Surrender dah lah. Terus masuk kolam and lari selaju yang boleh. Dah la ada tadpoles kat dalam tu. Ntah ntah katak pun ada =.= Lepas semua dah siap buat semua halangan tu, terus balik. Solat asar, mandi and makan. Malam tu, solat maghrib, baca yasin, solat hajat, solat isyak. Motivasi sampai pukul 11 malam. Cikgu bagi rehat dalam 15 minit then kena berkumpul. Cikgu nak check ahli cukup ke tak. Lepas tu membebel apa ntah. Kalau sekejap takpe jugak, ni lama. Dah tengah malam kot. Semua orang pun dah penat.  Lepastu, cuci muka and buat apa yang patut. Dah pukul 2 or 3 pagi still tak boleh nak tidur. Panas and banyak nyamuk. Terlelap jugak akhirnya, tapi tak tau pukul berapa. Terjaga pulak pukul 4 pagi. Dalam sejam je tidur. Tak boleh nak tidur langsung ni. Terus pergi mandi. Tunggu subuh je lah.

Second Day :
Pagi senamaerobik kat Pantai Teluk Ketapang. Breakfast. Berkumpul. Setiap aktiviti dilakukan di tempat-tempat lain. Antara aktiviti yang ada adalah pertolongan cemas, masakan rimba, gubahan dan ukiran buah, kraftangan. Aktiviti tu dilakukan serentak. Ada yang 1 jam ada yang 2 jam. Lepas dah habis semua aktiviti tu, saya terus masuk khemah and tidur. Fuhhhh~ alangkah nikmatnya hidup ini. Orang lain tengah buat apa ntah. Bangun dari tidur tu sembang sembang dengan kawan dulu. Solat zohor. Tunggu budak lelaki balik sembahyang, then lunch sama sama. Petang tu ada trekking pulak. Bukan” jungle trekking”, tapi “road trekking” maybe. Jauh gila kena jalan. Penat yang amat sangat. Sampai sampai tu terus rasa kaki ni macam nak krem. Ada sorang tu pengsan. Tengok tu, betapa terseksanya kita orang. Minum petang, mandi and bersiap-siap untuk malam kebudayaan pulak. Solat maghrib, solat isyak. Pergi dewan untuk malam kebudayaan. Ada 11 kumpulan yang buat persembahan malam tu. Kelas saya turn number 9 out of 11. Malam tu semua orang enjoy. Semua persembahan best best. Masa otw nak balik ke khemah tu hujan lebat. Kami terpaksa redah jugak –‘ Pelajar perempuan semua tidur dalam dewan. Pelajar lelaki tidur kat dewan yang satu lagi.

Third Day :
Bagun, solat subuh, mandi, breakfast *Saya tak breakfast pun. Dah satu hari tak makan*  Pergi ke dewan besar, ada senamaerobik dengan tarian oppa gangnam style. Saya langsung tak buat semua tu. Demam U.U Tapi main main kat belakang. Ahahaha. Lepastu breakfast dapat nasi lemak tapi tak ambik pun sebab takde selera nak makan. Then, ada majlis penutup. Kelas saya menang 5 out of 7 aktiviti yang ada. Syukur Alhamdulillah. Hehe :D Lepastu kena turunkan khemah, bersih kawasan sekitar. And I like this part, balik!!! :D Pukul 12:30 tengah hari sampai rumah. Letak beg, terus tidur kat ruang tamu tu. Penat sangat tu. Bangun pukul 3 lebih, baru mandi. Ahaha. Then, makan nasi dua tiga suap. Otp dengan ibu. Rindu ibu :( Lepastu sambung tidur balik. Pukul 3 pagi baru bangun pulak. Ibu baru sampai dari KL. Ibu belikan peplum. Dia kata Hadiah untuk orang demam sebab baru balik camping” ahahaha xD Thanks mum. Ilysm :*

Konklusinya, lepasni memang saya dah tak nak join mana mana camping lagi. Serik dah. Kakak cakap “Wohhh! Manje nguh la. Baru gi camping 3 hari demam dah.”. Me : Err -.- Mane ada manje. Biasa la tu. Macam macam penyakit dapat lepas balik dari camping tu. Demam, pening kepala, sakit tekak, batuk, selsema,satu badan rasa sakit sakit. But most of all, I enjoy the camp :)

p/s : Ayat mungkin agak bercelaru sikit. Maklumlah, kepala tengah pening. Sorry okay? :)


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi there, I'm Fatin. Enjoy your readings!Thanks for stalking :)

Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : FATIN NASHRAH

Best View at GOOGLE CHROME!