Ujian Dari Yang Maha Kuasa
Monday, April 1, 2013 @ 2:47 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum dan Hai :)
Allah bagi ujian kat setiap hamba-Nya sebab Dia sayang dan
nak tengok sekuat manakah iman hamba-Nya itu. Sakit? Salah satu cara untuk
menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Dah tiga hari, termasuk harini, demam saya
tak baik baik lagi. Tak seperti biasa. Biasanya saya demam sehari, keesokkan
harinya dah baik. Tapi sampai sekarang tak baik baik lagi. Bukan nak merungut,
tapi cuma kehairanan sahaja. Bukan setakat demam biasa, tetapi demam panas
beserta pening kepala, sakit badan, rasa mual mual, takde selere nak makan,
rasa nak pitam, perut sakit, batuk batuk, tekak sakit. Sampaikan untuk membalas message pun malas. Saya
mintak maaf okay kalau tak balas message tu? Tak larat. Semalam saya langsung
tak keluar bilik. Eh, keluar untuk mandi, alas perut sikit untuk makan ubat,
then sambung tidur balik. Semalam rutin saya tidur, makan roti tak sampai
sekeping, makan ubat, tidur. Kiranya banyak tidur lah. Semalam saya rasa macam
nyawa nyawa ikan dah. Tak larat sangat sangat. Ibu pun ada cakap “Semalam ibu
tengok muka adik pucat lesi. Putih sangat sangat. Takut Ibu tengok”. Teruk
macam tu sekali ea saya sakit? Hmm~ Tolong doakan saya supaya cepat sembuh ya? Tapi kan, time demam demam camni lah best sekali. Nak pape mesti ibu bagi, mesti ibu buatkan. Masa demam ni lah boleh jadi Princess :3 hehe. Satu lagi, masa ni jugak lah kita boleh menilai yang mana orang yang betul betul care pasal kita. Pape
pun saya redha dengan setiap ujian yang Allah bagi ni. Sebab saya tahu Allah sayang
saya :’)
|
The Disclaimer
Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : FATIN NASHRAH
|