Raya Sakan
Friday, August 23, 2013 @ 7:04 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, Hi! :)
Sungguh indah hidup ini sekiranya tiap-tiap hari hidup bahagia kan? Tapi dalam hidup ni kekadang kita di atas dan kekadang kita di bawah. Jadi, terima saja setiap apa yang berlaku dalam hidup ini kerana sudah pasti ada hikmahnya. Belum start lagi cerita ni. hehe. Asyik cerita pasal raya je kan? Tak bosan ke? Saya yang menaip ni tak bosan pun sebab ini cerita saya. Tapi anda yang membaca tu, tak tahu la. Kalau bosan, tekan je tanda pangkah warna merah kat atas belah kanan tu. Takde paksaan untuk membaca blog yang tak seberapa ni. Saya menulis sekadar suka-suka dan share cerita dalam hidup saya. Tu je kot. Raya tahun ni memang best. 1 syawal hingga 7 syawal beraya di Terengganu je. 8 syawal hingga 11 syawal raya kat Johor pulak. Raya sakan! Tak sedar trial nak dekat dah sebenarnya. haha. Pergi sana sebab nak jumpa nenek, pergi kubur arwah ayah dan part yang paling best sekali ada 2.
Part I
Masa pergi ke Felda Lok Heng kat Kota Tinggi Adat lah bila musim raya ni pergi rumah orang kena la makan kuih raya. Kalau sedap makan banyak, kalau tak sedap tak ambik la jawabnya. haha. Kat belakang rumah mak cik ni ada macam-macam pokok. Ad pokok durian, manggis, lada, kacang panjang. Saya beruntung sebab sekarang memang musim durian. Boleh la makan durian. Saya memang hantu durian. Makan durian tu boleh dikatakan macam makan nasi je. Sampai satu masa tu rasa dah macam orang tak boleh bernafas dah. Makan durian memang sedap, tapi lepas tu je badan terus berpeluh. Penangan durian punya pasal. Tak kesah dah. Asalkan dapat makan. Bukan senang nak makan sampai puas hati. hehe :B Lepas tu ajak makan nasi pulak. Memang langkah kanan lah. Perut ni tak pernah kosong. Asyik kena sumbat dengan makanan je. Nasib baik tak gemuk xD
Part II
Shopping! Orang perempuan ni memang tak lari daripada hobi melabur duit ni. haha. Jadi adik bongsu ni memang best. Kebiasaannya, apa je yang nak confirm dapat. Tapi bukan semua benda and selalu pun. "Kakak, nak pergi shopping mall. Nak beli seluar" "Adik nak seluar? Okay, kita pergi. Kesian adik saya nak seluar. haha" "Yeay! :D hehe" .Bukan main lama mencari seluar. Saya bab-bab pakaian ni memang susah sikit. Memilih kot. Tapi actually takde la memilih sangat. Eh, entah la. *ayat dah nampak macam ayt keling je. hahahaha xD* Dah beli tu balik, pergi makan la pulak.
Part Sedih
Perut lapar dah ni. Mamak ni orang order 2 nasi pataya tapi hantar satu je. Bila bagi tahu dia kata, "Kalau nak kena tunggu. Lambat lagi siap" "Tak pe lah". Bayang lah perut lapar sangat sangat dah ni. Sedih betul. Kakak pun bagi duit suruh pergi beli KFC je sebab dekat dengan kedai makan tu. Yang saya tak fahanya, KFC tu orang sikit je tapi makanan takde. Dengan penuh rasa sabarnya, saya beratur. *ayam baru letak*. Kakak yang depan pun order "Nak 10 ketul ayam" "Ayam ada 8 ketul je" "Okay, 8 je la". Malang sungguh nasib. Dengan kecewanya tanya kakak KFC tu, "ada lagi tak aym?" "ada tapi kena tunggu 20 minit" "err. takpe lah kak". Sedih betul. Balik lah rumah dengan perut yang lapar ni.
Part Open House
Open house kat Johor ni memang berbeza dengan open house kat Terengganu yang pernah saya pergi. Tak reti nak describe macam mana. Tapi yang penting best lah. Oh, pasal raya. Terengganu : first day je budak-budak datang beraya. Hari kedua dan seterusnya, dah takde. Johor : Dari first day sampai lah last day sebelum buka sekolah masih ramai lagi budak-budak pergi beraya. Dari pagi sampai malam kot. Bahaya jugak tu. Beza kan orang Johor dengan Terengganu?
#Semua ni berdasarkan pengalaman je. Kalau ada salah silap, harap dimaafkan. Memandangkan sekarang ni masih lagi dalam bulan syawal, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kali ke tak tahu dah kali ke berapa. Maaf untuk segalanya. Selamat Hari Raya :)
|
The Disclaimer
Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : FATIN NASHRAH
|