//Forever Imperfect
Diari Kem

Sunday, September 15, 2013 @ 9:08 AM | 0 Comment [s]


Alhamdulillah. Itu lah perkataan yang terlintas kat hati dan fikiran.Bila dapat tahu je dapat pergi kem yang dianjurkan oleh JPNT, first expression happy, excited dan nervous jugak. Tapi pada masa yang sama saya sangat bersyukur sebab dari dulu lagi saya nak sangat pergi kem yang dianjurkan JPNT. Kenapa? Sebab terlalu banyak sangat manfaat yang akan saya dapat. Sebenarnya baru je petang tadi sampai rumah dalam pukul 6 lebih. Penat sangat rasa sekarang ni sebab jadual terlalu padat. Saya decide untuk pendekkan cerita ni semampu yang boleh.

Apa yang best mengenai kem ni?
Banyak sangat. Cikgu-cikgu yang mengajar ni semua cikgu yang hebat kat Terengganu. Cara mengajar dan tips yang diberi memang sangat berkesan. Alhamdulillah. Masa makan ada 5 kali. Makanan yang dimasak pun boleh tahan la, sedap jugak. Dapat rasa macam mana perasaan duduk kat asrama. Kena bangun awal untuk mandi, beratur untuk dapat tempat mandi. Senamrobik best. First day best, second day lagi best! Saya memang suka aktiviti macam ni. Dapat membakar lemak-lemak yang tak diperlukan tu. hahaha. Dapat kawan baru! Memang seronok bila ada kawan baru. Pepatah pun mengatakan, "berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu". Tak rugi pun kalau ada ramai kawan. Lagi banyak faedah yang dapat. Contoh? Malas pulak rasanya nak bagi contoh. Fikir sendiri lah ye?

Yang tak best? Haa, yang tak bestnya kena berebut tempat mandi. Air dia belum tentu bersih. Buktinya, bila balik je rumah. Saya baru perasan badan naik bintik-bintik merah. Confirm air kotor. Tak pun tilam yang kot. Saya tak suka bila tidur, nyamuk pun menyanyi kat telinga. Kalau menyanyi sahaja tak la kesah mana, ni kena gigit. Dah lah banyak pulak tu. Bangun pagi penuh kt tangan n kaki. Muka kadang-kadang pun ada. Geram betul dengan nyamuk. Masa tu rasa macam nak balik tidur kat rumah je. Kena beratur panjang masa nak ambik makanan. Kalau kelas jauh n takde geng yang sekelas. Memang rasa janggal dan saya memang dah rasakan tu. Kawan saya yang lain pair tapi saya forever alone. Kalau kat rumah tak perlu semua tu. Tapi ni lah yang orang kata "pengalaman".

Saya nak ucap jutaan terima kasih kepada JPNT kerana menganjurkan kem ni untuk kami. Kem ni special untuk anak yatim yang terpilih di seluruh negeri Terengganu. Terima kasih sangat-sangat. In shaa Allah saya pasti akan gunakan semua tips dan ilmu yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan in shaa Allah saya akan ingat dan amalkan apa sahaja yang diberitahu oleh guru dan ustaz yang tiap-tiap subuh n maghrib bagi tazkirah. Terima kasih juga kepada pihak Asrama Perkaya kerana memberi kami tempat tinggal selama 4 hari ini. Terima kasih yang tak terhingga. Saya memang tak dapat nak balas pape kerana saya sememangnya tak mampu. Tetapi In shaa Allah saya akan berusaha sehabis baik untuk menaikkan imej negeri Terengganu dengan mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013. Saya target 9A untuk SPM. Saya kena yakin, usaha dan tawakal! In shaa Allah saya akan berjaya :) Mari lah kita sama-sama doakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan. " Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dan jangan Engkau menyulitkan segala urusan. Ya Allah, berikanlah keputusan SPM 2013 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya." "Ya Allah, kau terangilah hati Fatin Nashrah Abdul Rahim untuk belajar dan menduduki peperiksaan SPM 2013. Semoga Fatin Nashrah Abdul Rahim memperoleh keputusan semua A iaitu 9A. Amin". Terima kasih kerana anda turut berdoa untuk saya dan rakan-rakan.

Gallery :
Majlis penutup

Nasib baik ada bestfriend yang selalu teman walau di mana pun saya berada. hehe

Kawan


Jom la kita balik!






Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi there, I'm Fatin. Enjoy your readings!Thanks for stalking :)

Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : FATIN NASHRAH

Best View at GOOGLE CHROME!