//Forever Imperfect
Bebas.

Thursday, November 28, 2013 @ 6:47 AM | 0 Comment [s]

27 November 2013

27 November 2013. Tarikh ni, In shaa Allah saya akan ingat sampai bila-bila. Alhamdulillah. Lega betul bila dah habis SPM ni. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu selama ni tiba jugak. Dulu tiap-tiap kali pergi sekolah je, mesti akan ada jugak perasaan "Bila lah sekolah nak habis. Tak sabarnya.". Saya bukan tak suka belajar. Sebenarnya saya dah penat. Kalau nak buat sesuatu je mesti terhalang. Nak buat ni tak boleh. Nak buat tu tak boleh. Tapi saya faham, semua ni untuk kebaikkan saya jugak. Jauh di sudut hati masih ada satu niat iaitu niat untuk buat family terutama sekali ibu bahagia. Bahagia dengan kejayaan saya. Kejayaan bukan hasil daripada tiru-meniru ye. Saya nak sangat buat mereka bahagia. Dengan niat ni lah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Tapi kan, orang kata "Eleh, mula-mula je best habis SPM ni. Lama-lama bosan lah tu". Bagi saya mereka cakap macam ni mungkin sebab mereka takde pape nak buat kan? In shaa Allah saya akan gunakan masa FREEDOM saya ni dengan perkara yang berfaedah. Actually, dah banyak plan saya buat. Dari mula-mula masuk sekolah masa form 5 lagi dah. hahaha. Macam-macam saya nak buat. Nak buat ap? Oh, itu hanya akan menjadi rahsia. Hanya saya dan Allah sahaja yang tau. hehe :B Harap-harap plan yang diberi nama #ProjekFN berjalan lacar. Amin~ Kalau korang ada nampak saya post gambar or update status guna hashtag ni, maknanya itu adalah salah satu daripada plan saya. hehe. Gambar-gambar bagi #ProjekFN ini akan sering dipostkan di instagram dan facebook. Kalau nak follow, boleh search : fatinnashrah. Disebabkan terlalu lama tak update blog, saya kekeringan idea nak tulis apa. Oh, pape pun saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar Tingkata 5 2013 seluruh Malaysia yang telah berjaya menghabiskan zaman persekolahan. Semoga berjaya di masa hadapan.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi there, I'm Fatin. Enjoy your readings!Thanks for stalking :)

Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : FATIN NASHRAH

Best View at GOOGLE CHROME!