//Forever Imperfect
Pengajaran 2013

Wednesday, January 1, 2014 @ 6:38 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hi :)



Happy New Year my lovely reader!!! Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Sepanjang tahun 2013 ni dah macam macam yang telah saya lalui. Pahit manis semuanya dah rasa. Terima kasih jugak kepada orang yang telah hadir dalam hidup saya dan juga kepada yang telah berjaya menjadikan hari-hari yang mendung menjadi cerah. Cewahhh~ hahaha. Ayat jiwang habis. Kawan. Semakin hari semakin bertambah bilangan kawan dan ada juga kawan yang dah lupa kawan. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya. Sesungguhnya tahun 2013 begitu banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenarnya. Saya mula menyedari bahawa dalam hidup ini tidak semuanya indah dan tak semua yang diingini akan tercapai. Sekiranya apa yang diperolehi tak seperti diharapkan, saya perlu redha dan tidak mengeluh kerana sebenarnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya. Sebagai seorang manusia biasa, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya minta maaf. Tapi sebagai manusia biasa juga, saya telah berusaha semampu yang boleh untuk menjadi yang terbaik dan memuaskan hati semua orang. Kadang-kadang manusia ni tak boleh nak terima kekurangan orang atau lebih tepat tak faham. Manusia ni ada berbagai jenis. Memang takkan pernah ada orang yang akan memahami kita melainkan diri sendiri. Mungkin ada yang akan cakap ''Saya tahu apa yang awak rasa". Tapi sebenarnya meraka takkan pernah tahu. Dalam hidup ni kita tak boleh selalu mendongak ke langit. Tak boleh nak suruh orang faham kita. Tapi kita pun kena faham orang. Kalau orang buat jahat kat kita, biarkan je lah. Tak perlu nak balas sebab suatu hari nanti pasti Allah akan balas untuk kita. Ayat ibu "Biar orang buat sakit hati kita. Jangan kita buat sakit hati orang". Sesungguhnya kata-kata ibu sungguh bermakna. Dan buat baik juga sebenarnya tak perlu menunjuk-nunjuk kerana boleh menimbulkan perasaan riak. Biar lah kebaikan yang dilakukan hanya diketahui oleh diri dan juga Allah sahaja. Satu perkara lagi, perangai dan perasaan manusia ni sering berubah-ubah dari sehari ke sehari. Jangan pernah berharap yang manusia ni akan sama sepanjang masa. Apa pun dugaan yang datang, hadapilah dengan hati yang redha. Percaya pada kekuasaan-Nya. Last word, saya doakan readers sekalian sentiasa mendapat hidayah daripada-Nya agar dapat menjadi seorang manusia yang berguna kepada diri sendiri dan juga kepada manusia yang lain.

p/s :  Maaf untuk post yang agak berbelit-belit jalan ceritanya. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya :D


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi there, I'm Fatin. Enjoy your readings!Thanks for stalking :)

Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : FATIN NASHRAH

Best View at GOOGLE CHROME!