
|
My life now
Wednesday, August 12, 2015 @ 10:27 PM | 0 Comment [s]
Hi everyone!
Serious rasa awkward sangat sebab lama tak update blog. More or less than 1 year blog ni diabaikan. After SPM terus tinggalkan dunia blogger ni. Masuk matrik terus busy. Tak boleh bawak laptop. So, takde masa nak update blog ni.
Alhamdulillah, I love my life now. Walaupun sometimes bosan tak tahu nak buat apa. Life after school is so exciting. You meet millions people. You get many friends. You know more about love, life. Your thinking style also different. You tend to be matured with every challenge you face in your life.
Sekarang, saya busy buat persiapan untuk masuk u. Too many things need to be done. Kena selesaikan pasal borang2, cop pengesahan, naik turun pejabat, bukak acc bank, medical check up, nak beli barang2 lagi. Fuhhh... Bukan senang nak jadi senang.
So, I think that's all I want to share. Have a happy life everyone
Cinta ❤
Thursday, February 27, 2014 @ 6:18 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum Cinta ❤
Cinta,
Hadirnya tanpa diundang
Perginya tanpa diduga
Jatuh cinta?
Itu perkara biasa.
Namun,
Hati ini belum dimiliki oleh sesiapa
Dari dahulu hingga kini,
Aku masih menanti
Seorang lelaki yang sesuai dan layak untuk menjaga hati ini
Maaf andai banyak cinta yang telah ku tolak
Bukan aku tak sudi
Tapi aku masih belum bersedia
Aku percaya suatu hari nanti
Pasti akan ada seorang lelaki yang berjaya mengambil hati ini
Aku akan terus menunggu
Kerana aku percaya Janji Allah itu pasti
Kalau dah jodoh pasti bertemu
Diari hati, FATIN NASHRAH Pengajaran 2013
Wednesday, January 1, 2014 @ 6:38 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hi :)
Happy New Year my lovely reader!!! Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Sepanjang tahun 2013 ni dah macam macam yang telah saya lalui. Pahit manis semuanya dah rasa. Terima kasih jugak kepada orang yang telah hadir dalam hidup saya dan juga kepada yang telah berjaya menjadikan hari-hari yang mendung menjadi cerah. Cewahhh~ hahaha. Ayat jiwang habis. Kawan. Semakin hari semakin bertambah bilangan kawan dan ada juga kawan yang dah lupa kawan. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya. Sesungguhnya tahun 2013 begitu banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenarnya. Saya mula menyedari bahawa dalam hidup ini tidak semuanya indah dan tak semua yang diingini akan tercapai. Sekiranya apa yang diperolehi tak seperti diharapkan, saya perlu redha dan tidak mengeluh kerana sebenarnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya. Sebagai seorang manusia biasa, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya minta maaf. Tapi sebagai manusia biasa juga, saya telah berusaha semampu yang boleh untuk menjadi yang terbaik dan memuaskan hati semua orang. Kadang-kadang manusia ni tak boleh nak terima kekurangan orang atau lebih tepat tak faham. Manusia ni ada berbagai jenis. Memang takkan pernah ada orang yang akan memahami kita melainkan diri sendiri. Mungkin ada yang akan cakap ''Saya tahu apa yang awak rasa". Tapi sebenarnya meraka takkan pernah tahu. Dalam hidup ni kita tak boleh selalu mendongak ke langit. Tak boleh nak suruh orang faham kita. Tapi kita pun kena faham orang. Kalau orang buat jahat kat kita, biarkan je lah. Tak perlu nak balas sebab suatu hari nanti pasti Allah akan balas untuk kita. Ayat ibu "Biar orang buat sakit hati kita. Jangan kita buat sakit hati orang". Sesungguhnya kata-kata ibu sungguh bermakna. Dan buat baik juga sebenarnya tak perlu menunjuk-nunjuk kerana boleh menimbulkan perasaan riak. Biar lah kebaikan yang dilakukan hanya diketahui oleh diri dan juga Allah sahaja. Satu perkara lagi, perangai dan perasaan manusia ni sering berubah-ubah dari sehari ke sehari. Jangan pernah berharap yang manusia ni akan sama sepanjang masa. Apa pun dugaan yang datang, hadapilah dengan hati yang redha. Percaya pada kekuasaan-Nya. Last word, saya doakan readers sekalian sentiasa mendapat hidayah daripada-Nya agar dapat menjadi seorang manusia yang berguna kepada diri sendiri dan juga kepada manusia yang lain.
p/s : Maaf untuk post yang agak berbelit-belit jalan ceritanya. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya :D 11.12.13 ✿
Wednesday, December 11, 2013 @ 7:38 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, selamat malam semua :)
Hampir jam 12 tengah malam dan tarikh yang cantik 11.12.13 ni
bakal berakhir. Tiada lagi tarikh yang cantik macam ni lepas ni. Tarikh ni tak
membawa apa-apa erti pun bagi saya. Tapi mungkin tarikh ni membawa seribu makna
bagi orang lain. Kepada sesiapa yang kahwin pada hari ni, saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia dan kekal bersama hingga akhir hayat. Amin. Mungkin ada orang yang hangout dengan kawan-kawan hari ni.
Pada awalnya memang saya ada plan nak hangout dengan bff saya yang sorang tu.
Tetapi memandangkan dia tak balas chat, terpaksa batalkan niat tu. Kononnya
hari ni nak buat macam macam lah kenangan manis. Konon. Tapi semuanya gagal.
Okay, takpe. Sabar je lah. Harini mungkin hari yang paling membosankan bagi
saya. Tak buat pape pun. Petang tu kononnya nak pergi lah pantai dengan kakak
dan cousin yang kecik tu tapi tetiba kakak saya ni malas pulak. Memang agak
geram lah. Bosan sangat terperap dalam rumah je, tau tak? Hmm~ Harini jugak lah
saya banyak makan. Agaknya berat badan pun dah naik brape kilo ntah. Tak kesah
lah tu, asal hati bahagia. Tapi kena jaga jugak lah. Jangan gemuk sudah. hehe :B Perkataan ‘gemuk’ lah budak perempuan paling tak suka tau. Takde perkara yang
menarik pun berlaku harini. Tapi takpe, saya tetap bersyukur kerana masih lagi bernafas dan keluarga saya masih di sisi. Alhamdulillah :)
December ✿
Tuesday, December 3, 2013 @ 5:34 AM | 0 Comment [s]
Hello everyone!
Looks like 2013 has come to the end of the year. This month, I do really hope it will brings more colours into my life. I just want a happy life without problems. I know this won't happen because nobody perfect. I just hope miracle will happen. I have made a list about what I want to do after SPM but looks like all my plans are not going well. I want to make some money. I want to work. But till now, I didn't get any job. Why is it so hard to get a job? A part time job? Please pray for me that in a few days from today, I will get a job. I love baking. So, I decide to bake something. But unfortunately all the ingredients that I need are out of stock. It is raining heavily out there. So, what I suppose to do? Then, I asked my mom to teach me how to cook. Sincerely, I am pro at baking but not at cooking. So, it's time for me to learn. This is my first time cooking. Maybe. My mom asked me to cook sardine. Don't laugh! It is just the beginning. My mom say "Start with the easiest thing first." Just wait and see. After this I will cook variety of dishes. In shaa Allah. hehe :B Then, just now I asked my mom to buy a drawing block. But my mom said "Buat apa beli drawing block? Membazir je". I replied, "Alaa, murah je. Dalam RM2 or RM3 macam tu je". Do you want to know the reason why I want to buy that thing? Of course lah because I don't have anything to do. I want to draw something or make anything lah. I want to buy it and I will buy it! Actually there are so many things I want to do. Whether it goes as I planned or not, 'redha je lah'.
p/s : Sorry for the grammatical error. I know my grammar are not good enough. But I at least I try.
Bebas.
Thursday, November 28, 2013 @ 6:47 AM | 0 Comment [s]
27 November 2013. Tarikh ni, In shaa Allah saya akan ingat sampai bila-bila. Alhamdulillah. Lega betul bila dah habis SPM ni. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu selama ni tiba jugak. Dulu tiap-tiap kali pergi sekolah je, mesti akan ada jugak perasaan "Bila lah sekolah nak habis. Tak sabarnya.". Saya bukan tak suka belajar. Sebenarnya saya dah penat. Kalau nak buat sesuatu je mesti terhalang. Nak buat ni tak boleh. Nak buat tu tak boleh. Tapi saya faham, semua ni untuk kebaikkan saya jugak. Jauh di sudut hati masih ada satu niat iaitu niat untuk buat family terutama sekali ibu bahagia. Bahagia dengan kejayaan saya. Kejayaan bukan hasil daripada tiru-meniru ye. Saya nak sangat buat mereka bahagia. Dengan niat ni lah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Tapi kan, orang kata "Eleh, mula-mula je best habis SPM ni. Lama-lama bosan lah tu". Bagi saya mereka cakap macam ni mungkin sebab mereka takde pape nak buat kan? In shaa Allah saya akan gunakan masa FREEDOM saya ni dengan perkara yang berfaedah. Actually, dah banyak plan saya buat. Dari mula-mula masuk sekolah masa form 5 lagi dah. hahaha. Macam-macam saya nak buat. Nak buat ap? Oh, itu hanya akan menjadi rahsia. Hanya saya dan Allah sahaja yang tau. hehe :B Harap-harap plan yang diberi nama #ProjekFN berjalan lacar. Amin~ Kalau korang ada nampak saya post gambar or update status guna hashtag ni, maknanya itu adalah salah satu daripada plan saya. hehe. Gambar-gambar bagi #ProjekFN ini akan sering dipostkan di instagram dan facebook. Kalau nak follow, boleh search : fatinnashrah. Disebabkan terlalu lama tak update blog, saya kekeringan idea nak tulis apa. Oh, pape pun saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar Tingkata 5 2013 seluruh Malaysia yang telah berjaya menghabiskan zaman persekolahan. Semoga berjaya di masa hadapan.
Let's buy delicious cakes!
Tuesday, October 15, 2013 @ 6:11 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum :)
Hello guys! Salam Aidiladha :) And again I'm promoting online shop. This time I'm welcoming you guys too come and visit this online shop. She sell cakes. her cakes are super duper delicious! I'm not lying. If you don't believe me, what if you guys just give it a try. Order the cake from her and give your comment. I'm surely you guys will fall in love with her baking!
Diari Kem
Sunday, September 15, 2013 @ 9:08 AM | 0 Comment [s]
Alhamdulillah. Itu lah perkataan yang terlintas kat hati dan fikiran.Bila dapat tahu je dapat pergi kem yang dianjurkan oleh JPNT, first expression happy, excited dan nervous jugak. Tapi pada masa yang sama saya sangat bersyukur sebab dari dulu lagi saya nak sangat pergi kem yang dianjurkan JPNT. Kenapa? Sebab terlalu banyak sangat manfaat yang akan saya dapat. Sebenarnya baru je petang tadi sampai rumah dalam pukul 6 lebih. Penat sangat rasa sekarang ni sebab jadual terlalu padat. Saya decide untuk pendekkan cerita ni semampu yang boleh.
Apa yang best mengenai kem ni?
Banyak sangat. Cikgu-cikgu yang mengajar ni semua cikgu yang hebat kat Terengganu. Cara mengajar dan tips yang diberi memang sangat berkesan. Alhamdulillah. Masa makan ada 5 kali. Makanan yang dimasak pun boleh tahan la, sedap jugak. Dapat rasa macam mana perasaan duduk kat asrama. Kena bangun awal untuk mandi, beratur untuk dapat tempat mandi. Senamrobik best. First day best, second day lagi best! Saya memang suka aktiviti macam ni. Dapat membakar lemak-lemak yang tak diperlukan tu. hahaha. Dapat kawan baru! Memang seronok bila ada kawan baru. Pepatah pun mengatakan, "berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu". Tak rugi pun kalau ada ramai kawan. Lagi banyak faedah yang dapat. Contoh? Malas pulak rasanya nak bagi contoh. Fikir sendiri lah ye?
Yang tak best? Haa, yang tak bestnya kena berebut tempat mandi. Air dia belum tentu bersih. Buktinya, bila balik je rumah. Saya baru perasan badan naik bintik-bintik merah. Confirm air kotor. Tak pun tilam yang kot. Saya tak suka bila tidur, nyamuk pun menyanyi kat telinga. Kalau menyanyi sahaja tak la kesah mana, ni kena gigit. Dah lah banyak pulak tu. Bangun pagi penuh kt tangan n kaki. Muka kadang-kadang pun ada. Geram betul dengan nyamuk. Masa tu rasa macam nak balik tidur kat rumah je. Kena beratur panjang masa nak ambik makanan. Kalau kelas jauh n takde geng yang sekelas. Memang rasa janggal dan saya memang dah rasakan tu. Kawan saya yang lain pair tapi saya forever alone. Kalau kat rumah tak perlu semua tu. Tapi ni lah yang orang kata "pengalaman".
Saya nak ucap jutaan terima kasih kepada JPNT kerana menganjurkan kem ni untuk kami. Kem ni special untuk anak yatim yang terpilih di seluruh negeri Terengganu. Terima kasih sangat-sangat. In shaa Allah saya pasti akan gunakan semua tips dan ilmu yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan in shaa Allah saya akan ingat dan amalkan apa sahaja yang diberitahu oleh guru dan ustaz yang tiap-tiap subuh n maghrib bagi tazkirah. Terima kasih juga kepada pihak Asrama Perkaya kerana memberi kami tempat tinggal selama 4 hari ini. Terima kasih yang tak terhingga. Saya memang tak dapat nak balas pape kerana saya sememangnya tak mampu. Tetapi In shaa Allah saya akan berusaha sehabis baik untuk menaikkan imej negeri Terengganu dengan mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013. Saya target 9A untuk SPM. Saya kena yakin, usaha dan tawakal! In shaa Allah saya akan berjaya :) Mari lah kita sama-sama doakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan. " Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dan jangan Engkau menyulitkan segala urusan. Ya Allah, berikanlah keputusan SPM 2013 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya." "Ya Allah, kau terangilah hati Fatin Nashrah Abdul Rahim untuk belajar dan menduduki peperiksaan SPM 2013. Semoga Fatin Nashrah Abdul Rahim memperoleh keputusan semua A iaitu 9A. Amin". Terima kasih kerana anda turut berdoa untuk saya dan rakan-rakan.
Gallery :
Blogshop! Onlineshop!
Friday, August 30, 2013 @ 4:59 AM | 0 Comment [s]
Hello everyone! :D
Since when my blog become a blogshop? No lah. I'm just helping my cousin. Do you want to buy fancy watch? It is cute and adorable. What you have been missed? So, what are you waiting for? You should have one. Hurry. Grab yours now! (Serious buyer only)
Raya Sakan
Friday, August 23, 2013 @ 7:04 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, Hi! :)
Sungguh indah hidup ini sekiranya tiap-tiap hari hidup bahagia kan? Tapi dalam hidup ni kekadang kita di atas dan kekadang kita di bawah. Jadi, terima saja setiap apa yang berlaku dalam hidup ini kerana sudah pasti ada hikmahnya. Belum start lagi cerita ni. hehe. Asyik cerita pasal raya je kan? Tak bosan ke? Saya yang menaip ni tak bosan pun sebab ini cerita saya. Tapi anda yang membaca tu, tak tahu la. Kalau bosan, tekan je tanda pangkah warna merah kat atas belah kanan tu. Takde paksaan untuk membaca blog yang tak seberapa ni. Saya menulis sekadar suka-suka dan share cerita dalam hidup saya. Tu je kot. Raya tahun ni memang best. 1 syawal hingga 7 syawal beraya di Terengganu je. 8 syawal hingga 11 syawal raya kat Johor pulak. Raya sakan! Tak sedar trial nak dekat dah sebenarnya. haha. Pergi sana sebab nak jumpa nenek, pergi kubur arwah ayah dan part yang paling best sekali ada 2.
Part I
Masa pergi ke Felda Lok Heng kat Kota Tinggi Adat lah bila musim raya ni pergi rumah orang kena la makan kuih raya. Kalau sedap makan banyak, kalau tak sedap tak ambik la jawabnya. haha. Kat belakang rumah mak cik ni ada macam-macam pokok. Ad pokok durian, manggis, lada, kacang panjang. Saya beruntung sebab sekarang memang musim durian. Boleh la makan durian. Saya memang hantu durian. Makan durian tu boleh dikatakan macam makan nasi je. Sampai satu masa tu rasa dah macam orang tak boleh bernafas dah. Makan durian memang sedap, tapi lepas tu je badan terus berpeluh. Penangan durian punya pasal. Tak kesah dah. Asalkan dapat makan. Bukan senang nak makan sampai puas hati. hehe :B Lepas tu ajak makan nasi pulak. Memang langkah kanan lah. Perut ni tak pernah kosong. Asyik kena sumbat dengan makanan je. Nasib baik tak gemuk xD
Part II
Shopping! Orang perempuan ni memang tak lari daripada hobi melabur duit ni. haha. Jadi adik bongsu ni memang best. Kebiasaannya, apa je yang nak confirm dapat. Tapi bukan semua benda and selalu pun. "Kakak, nak pergi shopping mall. Nak beli seluar" "Adik nak seluar? Okay, kita pergi. Kesian adik saya nak seluar. haha" "Yeay! :D hehe" .Bukan main lama mencari seluar. Saya bab-bab pakaian ni memang susah sikit. Memilih kot. Tapi actually takde la memilih sangat. Eh, entah la. *ayat dah nampak macam ayt keling je. hahahaha xD* Dah beli tu balik, pergi makan la pulak.
Part Sedih
Perut lapar dah ni. Mamak ni orang order 2 nasi pataya tapi hantar satu je. Bila bagi tahu dia kata, "Kalau nak kena tunggu. Lambat lagi siap" "Tak pe lah". Bayang lah perut lapar sangat sangat dah ni. Sedih betul. Kakak pun bagi duit suruh pergi beli KFC je sebab dekat dengan kedai makan tu. Yang saya tak fahanya, KFC tu orang sikit je tapi makanan takde. Dengan penuh rasa sabarnya, saya beratur. *ayam baru letak*. Kakak yang depan pun order "Nak 10 ketul ayam" "Ayam ada 8 ketul je" "Okay, 8 je la". Malang sungguh nasib. Dengan kecewanya tanya kakak KFC tu, "ada lagi tak aym?" "ada tapi kena tunggu 20 minit" "err. takpe lah kak". Sedih betul. Balik lah rumah dengan perut yang lapar ni.
Part Open House
Open house kat Johor ni memang berbeza dengan open house kat Terengganu yang pernah saya pergi. Tak reti nak describe macam mana. Tapi yang penting best lah. Oh, pasal raya. Terengganu : first day je budak-budak datang beraya. Hari kedua dan seterusnya, dah takde. Johor : Dari first day sampai lah last day sebelum buka sekolah masih ramai lagi budak-budak pergi beraya. Dari pagi sampai malam kot. Bahaya jugak tu. Beza kan orang Johor dengan Terengganu?
#Semua ni berdasarkan pengalaman je. Kalau ada salah silap, harap dimaafkan. Memandangkan sekarang ni masih lagi dalam bulan syawal, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kali ke tak tahu dah kali ke berapa. Maaf untuk segalanya. Selamat Hari Raya :)
Raya 2013
Tuesday, August 13, 2013 @ 11:46 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hai!
Lama betul tak update blog. Orang busy lah katakan. Bukan busy study, tapi busy buat persiapan untuk kakak punya wedding. Tapi tahap kebusyan saya macam saya je nak kawin. haha. Adakah saya dah terlambat untuk wish raya? Maybe tak kot. Kan? Okay, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin dari saya dan family. Saya mintak maaf sangat sangat kalau saya ni ad buat silap. Eh, semua orang memang pernah buat silap walaupun sebesar zarah. Jadi apa salahnya kita bermaaf-maafan kan? Tapi bukan hari raya je sepatutnya mintak maaf ni. Tiap-tiap kali buat salah kena lah mintak maaf jugak. Jangan nak tunggu raya je baru nak mintak maaf ye adik-adik? Bukan adik-adik je. Kakak, abang, pak cik, makcik. Semua lah. Tak kira muda ke tua. Tak rugi pun mintak maaf ataupun memaafkan. Tak kena bayar pun. Tahun ni cerita raya family saya agak gembira jugak lah. Boleh dikatakan hampir semua kot saudara-mara yang jauh dan yang dekat berkumpul. Bukan senang kot nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Family punya baju raya tak bertema pun. Beli yang mana suka. Duit raya? Alhamdulillah saya masih dapat lagi walau pun dah berumur 17 tahun. Maybe sebab saya anak bongsu dalam keluarga dan kecik. Sebab tu dapat. Orang memberi kita merasa. hehe. Semoga berbahagia dihari raya yang mulia ini. Jangan lupa ganti puasa awal-awal bagi sesiapa yang tinggal tu. Jangan tunggu nak dekat ramadhan tahun depan baru sibuk-sibuk nak ganti. Nanti tak sempat baru tau. Ingat pesan saya tau xD hihi. Oh, gambar raya sikit je tahun ni. Takpe la. Gambar tak penting, kenangan yang penting sebenarnya :)
Ramadan ✿
Friday, July 12, 2013 @ 8:38 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum,
Salam Ramadan dari saya Fatin Nashrah. Saban tahun kedatangan Ramadan dinanti-nantikan oleh kita semua. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini. Kita sebagai umat Islam seharusnya menggunakan bulan ini untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf di atas segala kekurangan diri ini. Semoga Ramadan pada kali ini membawa 1001 makna bagi kita semua.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi saya peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Yang lebih penting lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai kemanisan Ramadan pada tahun ini. In shaa Allah, saya akan memanfaatkan Ramadan kali ini dengan sesuatu yang boleh membawa saya kepada seseorang yang membawa kebahagiaan kepada orang lain dan diri sendiri jugak. Kalau diri sendiri tak bahagia, macam mana nak bahagiakan orang lain. Tak gitu? hehe. In shaa Allah, saya juga akan menggunakan bulan yang penuh barakah ini untuk membuat sebanyak yang mampu ibadat yang mampu mendekatkan diri saya kepada Allah. In shaa Allah. Amin :)
Sport's Day
Monday, July 1, 2013 @ 3:33 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, hi! :)First of all, I would like to congratulate Puteri Islam team members for the first place. I'm proud to be in the team. You guys did the best. I don't know why, but I think this year is the best sport's day ever to me. Too many sweet memories. Thanks everyone :) |
The Disclaimer
Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : FATIN NASHRAH
|